LokChing Sate Ikan
Berminat untuk membeli borong bagi kawasan LEMBAH KELANG sila hubungi 013-6674812 atau email fendi.sms@gmail.com
Jadual Kelas
Sunday, 20 October 2013
Sunday, 28 April 2013
Monday, 3 September 2012
Monday, 20 August 2012
Tempahan LokChing 3 September 2012
BERITA ISTIMEWA UNTUK SEMUA PELANGGAN
Stok dari kilang di PASIR MAS akan sampai di PUTRAJAYA pada 3 September 2012. Bagi pelanggan yang berminat untuk membeli secara mentah boleh menempah dengan menghantar SMS <nama>,<lokasi>,<bilangan cucuk> di talian 013-6674812. Kami akan menghantar jumlah bayaran termasuk pos dan no akaun kepada anda. Bagi yang ingin membeli secara tunai boleh berjumpa dengan kami di PRESINT 11 PUTRAJAYA SAHAJA. Bagi lokasi lain sila hubungi kami.
HARGA PAKEJ SAMBUTAN RAYA
RM10.00 untuk 50 cucuk. 2 paket pencicah yang bernilai RM4.00 akan diberikan secara percuma.
TEMPAHAN DITUTUP PADA 31 OGOS 2012
Sejarah LokChing (Sate Ikan)
LOK CHING merupakan
salah satu makanan tradisional yang terdapat di Kelantan. Namanya agak
unik kerana ia bukan istilah atau sebutan dalam dialek Kelantan tetapi
dipercayai berasal daripada bahasa Thailand. Bahan utama untuk membuat
lok ching ini adalah isi ikan.Nama Lok ching di ambil dari perkataan
thailand "บอลเบิร์น " yang bermaksud "BEBOLA BAKAR".
Ramuan
asas Lok ching adalah Isi ikan/daging/ayam/ketam/udang yang dikisar dan
diadun bersama tepung kanji, garam dan dibentuk bulat seperti BEBOLA, atau bentuk BENTUK UNIK LAIN. Lok cing mentah akan dicucuk pada lidi dan DIBAKAR di atas bara api. Setelah masak, ia akan dicelup ke dalam SOS THAI ISTIMEWA.
Lok
ching sedap dimakan ketika masih panas. Kebiasaannya penjual lok ching
menggunakan basikal roda tiga atau motosikal untuk menjual lok ching di
kawasan kampung atau tempat tumpuan ramai.
Revolusi
perniagaan lok ching semakin berkembang mengikut edaran zaman dan kini
lok ching mempunyai "pengemar" nya yang tersendiri. makanan unik dari
Thailand ini mula di jual di sempadan malaysia - thai seperti di
kelantan , perlis dan kedah dan sambutan yang di berikan kian hangat.
Pembaharuan
demi pembaharuan dibuat dari sudut cara masakan ala tradisional
(mengunakan arang ) di tambah baik dengan adanya mesin pembakar lok
ching menggunakan dapur gas / electrik. selain dari itu munculnya
variati lok ching dari pelbagai sumber (ayam/daging/ikan/sotong/udang) yang pelbagai bentuk menambahkan lagi keunikan makanan segera ini.
(sumber : steamboatfactory)
Subscribe to:
Posts (Atom)