Jadual Kelas

Monday, 20 August 2012

Tempahan LokChing 3 September 2012

BERITA ISTIMEWA UNTUK SEMUA PELANGGAN

Stok dari kilang di PASIR MAS akan sampai di PUTRAJAYA pada 3 September 2012. Bagi pelanggan yang berminat untuk membeli secara mentah boleh menempah dengan menghantar SMS <nama>,<lokasi>,<bilangan cucuk> di talian 013-6674812. Kami akan menghantar jumlah bayaran termasuk pos dan no akaun kepada anda. Bagi yang ingin membeli secara tunai boleh berjumpa dengan kami di PRESINT 11 PUTRAJAYA SAHAJA. Bagi lokasi lain sila hubungi kami. 

HARGA PAKEJ SAMBUTAN RAYA 

RM10.00 untuk 50 cucuk. 2 paket pencicah yang bernilai RM4.00 akan diberikan secara percuma.

TEMPAHAN DITUTUP PADA 31 OGOS 2012

Sejarah LokChing (Sate Ikan)

 
LOK CHING merupakan salah satu makanan tradisional yang terdapat di Kelantan. Namanya agak unik kerana ia bukan istilah atau sebutan dalam dialek Kelantan tetapi dipercayai berasal daripada bahasa Thailand. Bahan utama untuk membuat lok ching ini adalah isi ikan.Nama Lok ching di ambil dari perkataan thailand "บอลเบิร์น " yang bermaksud "BEBOLA BAKAR".
 
Ramuan asas Lok ching adalah Isi ikan/daging/ayam/ketam/udang yang dikisar dan diadun bersama tepung kanji, garam dan dibentuk bulat seperti BEBOLA, atau bentuk BENTUK UNIK LAIN. Lok cing mentah akan dicucuk pada lidi dan DIBAKAR di atas bara api. Setelah masak, ia akan dicelup ke dalam SOS THAI ISTIMEWA
 
Lok ching sedap dimakan ketika masih panas. Kebiasaannya penjual lok ching menggunakan basikal roda tiga atau motosikal untuk menjual lok ching di kawasan kampung atau tempat tumpuan ramai.

Revolusi perniagaan lok ching semakin berkembang mengikut edaran zaman dan kini lok ching mempunyai "pengemar" nya yang tersendiri. makanan unik dari Thailand ini mula di jual di sempadan malaysia - thai seperti di kelantan , perlis dan kedah dan sambutan yang di berikan kian hangat.

Pembaharuan demi pembaharuan dibuat dari sudut cara masakan ala tradisional (mengunakan arang ) di tambah baik dengan adanya mesin pembakar lok ching menggunakan dapur gas / electrik. selain dari itu munculnya variati lok ching dari pelbagai sumber (ayam/daging/ikan/sotong/udang) yang pelbagai bentuk menambahkan lagi keunikan makanan segera ini.
 
(sumber :  steamboatfactory)